TAIPING: Sebuah premis yang menghasilkan produk makanan ringan di Kawasan Perusahaan Ringan Tupai, di sini diserbu setelah didapati menggunakan logo halal tidak sah dan tamat tempoh sejak tahun 2008.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, serbuan itu dijalankan pada Khamis sekitar jam 2.30 petang.
"Sepasukan penguat kuasa dari KPDN Taiping menjalankan pemeriksaan di sebuah premis berhubung penggunaan logo halal tidak sah bagi tujuan perdagangan ke atas produk jualannya.
"Pemeriksaan dilakukan dan menjumpai sejumlah produk makanan ringan yang ditandakan dengan logo halal tidak sah digunakan untuk tujuan perdagangan.
"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, sijil pengesahan halal untuk produk dikeluarkan premis itu tamat tempoh pada 2008, namun masih digunakan pada peket pembungkusan produk keluarannya," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Sehubungan itu, katanya, kesemua 208 unit produk makanan tersebut berserta label produk dan beberapa dokumen berkaitan telah disita.
Ujarnya lagi, kesemua barang rampasan dianggarkan berjumlah RM2,533 dan kes disiasat mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 dan Peraturan 8 Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.
Akta Perihal Dagangan 2011 kerana melanggar Peraturan 4 (1)(a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011," katanya lagi.
Aida Aziz
Fri Mar 22 2024
Anggota penguatkuasa KPDN ketika melakukan serbuan ke atas sebuah premis di Kawasan Perusahaan Ringan Tupai. - Foto KPDN Perak
16 nyawa terkorban di India dan Bangladesh akibat puting beliung
Sekurang-kuranganya 16 dilaporkan terkorban sementara jutaan terjejas akibat terputus bekalan kuasa susulan angin kencang dan hujan lebat mencetuskan taufan besar pertama tahun ini, melanda pantai India dan Bangladesh pada Isnin.
Dua pegawai kanan polis didakwa terima rasuah RM.125 juta
Ketua Penolong Pengarah Siasatan Perakaunan Forensik dan Ketua Unit Siasatan Jenayah Cryptocurrency, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Selasa.
Kalau ada perkembangan saya akan maklumkan - TPM
Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau sendiri akan memaklumkan perkembangan terbabit jika ada sebarang maklumat terbaru.
Kod QR pelepasan Imigresen di BSI, KSAB akan dimuktamad
Penggunaan kod QR di BSI dan KSAB antara pendekatan dalam menangani kesesakan di sempadan Malaysia-Singapura.
Dua beranak maut rempuh lori parkir tepi jalan
Seorang kanak-kanak perempuan bersama ibunya maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah lori yang diparkir di tepi jalan.
HAWANA 2024 iktiraf peranan pemain industri media - Teo
Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 yang berakhir semalam menjadi platform untuk meraikan sumbangan para pemain industri media.
Polis buru penyokong rosakkan pagar Stadium MBPJ
Insiden tersebut dianggap sebagai tindakan ganas apabila merobohkan pagar stadium sebagai tanda ingin keluar selepas tamat perlawanan.
Apung harga diesel? Tunggu pengumuman - PM Anwar
Perdana Menteri menjelaskan sebarang tindakan mengapungkan harga diesel mengikut harga pasaran semasa akan dilakukan oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Berkat keyakinan tinggi, Jerman sasar juara Euro 2024
Jerman, mensasarkan gelaran juara Euro 2024 di hadapan peminat tempatan sebagai mercu bermain di tempat sendiri.
Isu gandar : 575 unit Chery Omoda 5 selesai jalani pemeriksaan
Sebanyak 575 unit kenderaan model Omoda 5 keluaran Chery telah diperiksa sehingga 27 Mei, jelas Menteri Pengangkutan Anthony Loke
Sijil halal tamat tempoh sejak 2008, premis makanan ringan diserbu KPDN
Pemeriksaan menjumpai sejumlah produk makanan ringan yang ditandakan dengan logo halal tidak sah digunakan untuk tujuan perdagangan.
JAIS serbu premis proses muruku guna logo halal palsu
Serbuan itu dilakukan bersama Jakim, KPDNHEP Cawangan Kajang dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Langat.
KTHXBYE ditukar 'Semoga Berjumpa Lagi, Bye Bye!'
Pemasangan papan iklan baharu itu dilakukan 11 malam tadi setelah pihaknya mengeluarkan arahan kepada syarikat pengeluar makanan ringan untuk menurunkan papan iklan lama itu.
Logo halal kami sah, kata pengeluar Umi Keropok Udang
Mereka tampil membuat penjelasan itu selepas syarikat mengalami kemerosotan jualan hampir 50 peratus susulan tindakan rampasan oleh pihak berkuasa terhadap sebuah syarikat lain.
Kenapa perlu tidur awal?
Kajian awal mendapati kurangnya masa tidur dapat meningkatkan berat badan dan pengambilan makanan ringan meskipun ianya memberi kesan kepada kesihatan.